Ahlan wa Sahlan, Habibies Ya Salam!


Selamat datang ke Sistem OnPay untuk Ya Salam Travel & Tours Sdn Bhd.

Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.




Kenali Kami

Yasalam Travel and Tours adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan Saudi Arabia, yang mengkhususkan perkhidmatan Umrah bagi rakyat Malaysia serta seluruh dunia. Dengan pakej-pakej yang disediakan, penyediaan umrah yang disesuaikan dan pengurusan Haramain dari Malaysia ke Jeddah, pastinya perjalanan Umrah menjadi lebih yakin dan lancar.

Ya Salam bermaksud Wahai Ketenangan! atau O Peace! “Salam” dalam bahasa Arab bermaksud kedamaian, mencerminkan keheningan, ketenangan dan keagungan ibadah ziarah & Umrah dan Haji. Ya Salam juga merupakan bahasa harian orang Arab sebagai satu ekspresi dalam  menyampaikan rasa kagum, berpuas hati, atau menghargai.

Visi & Misi Kami

Kami di Ya Salam Travel & Tours berazam memperkasakan kepercayaan para Tetamu Allah & Tetamu Rasulullah, menyantuni Habibies sepenuh hati, komited memberikan lebih dari jangkaan hanya yang terbaik dan terindah untuk Habibies.

Melalui perancangan yang teliti, perkhidmatan yang tiada tandingan, dan penghormatan yang mendalam terhadap tradisi pelayanan, kami berusaha untuk membimbing para peziarah dalam pengalaman umrah dan ziarah yang membawa transformasi, memperkaya jiwa dan iman dan meninggalkan keindahan yang tidak dapat dilupakan di hati Habibies.

Misi kami adalah untuk menyediakan kemudahan, kepakaran yang tiada tandingan dan penuh dedikasi yang teguh
kepada penziarah dan jemaah yang melakukan perjalanan suci Umrah dan Haji.

Menuju matlamat menjadi peneraju konsep Umrah Cara Anda 
dan peneraju sistem digital tempahan khidmat umrah terbaik Asia Tenggara yang dipercayai dan cemerlang.

Menjadi Online Travel Umrah Agency (OTUA) & menyertai Nusuk Partners 
sebagai pembekal perkhidmatan Umrah & Haji digital sebelum atau pada tahun 2027.

Motto Kami

Motto Ya Salam “Your Bridge To Haramain” menunjukkan bahawa Ya Salam adalah jambatan ke Haramain iaitu Makkah dan Madinah dan Ya Salam sebagai perantara kepada selok belok perjalanan ke Tanah Suci.